Saturday, 31 December 2016

Viral Remaja Panjat Signboard ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Bakal Ambil Tindakan Tegas

loading...

Sejak sehari lepas, beberapa keping gambar menunjukkan lapan orang remaja memanjat dan bergambar di signboard IPOH di bandaraya Ipoh telah menjadi viral.
panjatipohGambar-gambar itu telah dimuat naik oleh satu akaun Instagram yang menggunakan handle @farihanbaharudin memaparkan aksi para remaja tersebut bergayut, memanjat dan bergambar di signboard itu.

Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejam lepas yang ia akan mengambil tindakan tegas terhadap lapan remaja tersebut.
Kenyataan MBI adalah seperti berikut:

MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD ‘IPOH’

Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk. Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
MAJLIS BANDARAYA IPOH
1 2
3
4
5
6
Pengalaman remaja itu juga dikongsikan di beberapa buah blog yang mendapat perhatian ramai. Terdapat satu video yang dimuat naik oleh Farihan menunjukkan satu hammock diikat pada struktur signboard itu manakala dia baring dan membuat aksi baru bangun tidur di hammock tersebut.

Tinjauan penulis mendapati akaun Instagram itu kini telah diprivasikan oleh pemiliknya.
Apa yang perlu adik-adik ketahui, aksi seperti itu ialah merbahaya dan perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk dilakukan. Ia juga boleh dikatakan satu perbuatan biadap kerana tidak menghormati sesuatu yang dibina oleh Kerajaan Negeri untuk melambangkan Ipoh sebagai bandaraya yang maju dan berkaliber.
`
Diharap


EmoticonEmoticon