Thursday, 26 January 2017

‘Eleh, Satu, Dua Biji Pinggan Nak Basuh Pun Berkira Ke?"

loading...



Di sini, saya nak cerita pasal kakak ipar saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum saya tulis panjang lebar, saya perkenalkan diri dulu sbg I:

Umur 29 tahun
Masih bujang
Ada degree
CPGA saya dulu above 3.0
Sudah bekerja, gred 41.

Di tempat kerja, saya ni kira level bos (junior) lah. Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan. Kerja banyak. Kadang-kadang stres. Kebaikan saya, saya jenis yang tak berkira duit. Kalau orang nak pinjam duit, saya ok. Orang mahu minta tolong bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya, saya tak suka buat kerja rumah. Saya tak suka masak. Saya tak suka kemas rumah. Saya juga hantu drama Korea.

Abang saya seorang businessman. Kakak ipar pula kerja kerani di sebuah syarikat swasta. Macam ni, sejak kerja, saya duduk dengan abang saya. Abang saya ok tp kakak ipar saya ni macam tidak suka saya. Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam (kakak ipar suka masak dan mengemas sampai saya naik rimas), kakak ipar jarang nak panggil makan sekali (saya tengok memang dia masak lebih untuk saya pun tapi memang berat mulut sangat nak panggil makan).

Abang saya yang panggil. Hari tu, abang saya tegur saya tidak basuh pinggan. Alah, 1-2 pinggan saja pun nak berkira?. Mesti kakak ipar yang bawa mulut. Kakak ipar saya juga jarang mahu bersapa dengan saya di rumah. Kalau dia rasa nak tegur, dia tegur, kalau tidak, dia diam saja.

Saya tertanya-tanya, apalah salah saya. Sebab saya tak tolong masak ke? Atau sebab saya tak tolong buat kerja rumah ke? Sebab saya bangun lambat hujung minggu ke? Semua ni bukan saja-saja. Sebab saya rasa dia tak suka saya. Sebab tu saya elakkan diri dari jumpa dia. Lepas mereka sudah siap makan, baru saya makan

Satu lagi, kerja saya di pejabat banyak. Hujung minggulah peluang saya nak rehat ke hape ke? Lagipun, kakak ipar saya ini level ini kerani aje. Kerja mudah. Susun fail. Ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya. Dia kena faham benda ini.

Bagi peluang saya mahu hilangkan stress kat rumah. Ni, kat pejabat stress, kat rumah stress dengan sikap dia yang tak menentu tu. Kakak ipar saya ni, dengan abang saya, baik saja. Pagi petang malam dia masak dan buat air untuk abang saya. Saya tengok abang saya langsung tak buat kerja rumah. Masak pun macam-macam. Tapi itu dengan abang saya. Dengan saya? Jangan harap dia nak buatkan air untuk saya.

Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pulak dia terima, geramnya aku! Saya ni siapa? Saya ini kan adik ipar dia. Layanlah saya macam dia layan abang saya. Sudah kahwin, jangan terima lelaki tu saja tetapi terima juga keluarga dia.

Maaf. Sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin tu, terima lah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak tu. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian, terima kasih.

9 comments

Be mindful. Tolong menolonglah. Sayapun tak suka adik beradik yang tak pandai tolong menolong. Bukan setakat ipar duai je. Biasanya ipar duai la yang lebih segan kalau tak membantu apa yang patut

Y U don't u go get your own place and stop whining abt your sis in law.it seems like you're the one who has issues not her.just because she is a kerani doesn't mean she doesn't work as hard as you do it is tired as you are.thanks your stars she still cooks for your pampered ass.how wld u like it if another woman stays in your first new home with your husband and all.no privacy at all.give her a break will u.y don't u do the cooking sometimes instead ��

Kalau dh menumpang buat cara menumpang. Kalau malas buat kerja rumah, sebaiknya duk sendiri. Tak kan lah nak layan adik ipar sama macam layan suami. Biar dia tidak bekerja sekali pun, dia tak sepatutnya dibiar buat kerja rumah sendiri. Sebagai orang menumpang biarlah beradap, bantu mana yang boleh. One more thing, sepatutnya awak yang tolong angkat baju abang dan kakak ipar awak, bukan harap dia angkat kain baju awak ya. Tak de maknanya degree awak tu jika kurang adab sopannya.

Eh.. Aku rasa mcm nk tuam jea muka ko. Ko ni ppuan ke alien..alasan ko tu mmg x bole terima lar.. belajar tinggi, tapi bengap gak. Klu Aku kakak ipar tu, Aku dh halau kau dari rumah.. syukur dia masak & kemas rumah. Ko nak cuci pinggan ko sendiri pn nak kecoh. Blm citer bab tolong buang sampah.. mmg kirim salam.. ingat ko tu perempuan, Nnti nk jadi isteri & ibu.. Nnti ko akan buat semua tu..Klu byk duit ko bole lar upah maid, tapi ko rugi, sebab dh kurang saham akhirat. Ko ingat kakak ipar ko tu org gaji? Dia jaga abg ko mcm tu sbb itu tanggung jawab Dia sebagai isteri.bodoh tu simpan sikit. U sooooo annoyinggggggg...

Perempuan mcm ni yg merosakkan imej perempuan secara seluruhnya...jika awak baca comment ni, sy doakan awak berubah dan sedar bahawa awak salah...segala arah tujuan pemikiran awak semuanya salah...belajar erti hormat, rendah diri, dan jgan pentingkan diri sendiri...berubahlah untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia.

Awak sepatutnya yg sedar diri dahlah menumpang tapi buat org macam org gaji.. Dah tau malas buat kerja sikit pun berkira apa salahnya tlng apa yg patut bukan susah mana pun. Awak tu pompuan dia kawin ngan abg awak bukan ngan awak nak diberi layanan sama. Kalau perangai macam ini sampai ketualah x kawin..🙄🙄🙄

Huyyooo...bangga bkn main dgn gred41 kau tu. Org lain gred 52 pun x besar kepala mcm kau. Dah menumpang tu, pandai2 la. Tlg la masak ke, angkat kain, kemas rumah. Kau ingat kat rmh tu kau boss dan kakak ipar kau tu maid ke? Kalau mcm ni la perangai kau, sampai ke tua la kau x kawin. X deorg nk pemalas dan selfish.

Sudahlah menumpang pemalas. Setakat 41 apalah sangat. Degree bagai. Betul dah menumpang sedarlah n buat cara menumpang. Lagi satu belajar hormat sikit orang lain and merendah diri.. xkemana la dengan perangai bebal n pemalas tu


EmoticonEmoticon