Thursday, 5 January 2017

Jangan Sampai Isteri & Anak Fed Up – Teguran ‘Pedih’ Untuk Suami Yang Asyik Dengan Handphone

loading...


Dalam sesebuah rumahtangga, suami bertindak sebagai ketua yang bertanggungjawab menjaga segala isi rumah. Suamilah yang membuat segala keputusan yang membabitkan keluarganya.
Namun, pada zaman serba canggih sekarang ini, telefon pintar telah mewujudkan jurang antara keluarga. Mana taknya, suami dan isteri asyik leka dan sibuk dengan telefon sehingga mengabaikan keluarga. Nah baca teguran ‘pedih’ lelaki ini kepada golongan suami yang gila main telefon.

Jangan sampai isteri dan anak fedup dengan perangai kau

screen-shot-2017-01-06-at-10-45-09-am
SUAMI SUKA MAIN HANDPHONE
=========================
Hampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri. Alah, aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada. Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau.
Orang meniaga ni handphone memang selalu kat tangan. Kalau letak kat tepi sekejap pun rasa resah semacam. Tambah pulak yang banyak ‘cawangan’ ni, dia punya resah macam cacing kerawit.
Dulu masa first kahwin sampailah sekarang, Eleena selalu sound aku ” I tahu handphone tu periuk nasi you tapi kat luar you sibuk dengan office, meeting dan kerja you yang tak pernah habis, balik rumah ni cubalah tinggal sekejap handphone tu. Boleh bangkrap ke kalau handphone tu letak sejam dua D? ”
Aku akan jawab ” Ya yang, sorry ok? ” sebab Eleena tak pernah kacau aku kat luar. Balik lambat macam mana pun dia takkan call aku melainkan dia nak pesan apa apa atau bagitahu Farrel tak sihat. Kekadang aku yang call dia tanya dah makan ke belum atau dia dengan Farrel ok ke tak kat rumah.
Dia takkan kacau kerja aku sebab dari sebelum kahwin aku dah declare semuanya tapi kalau aku nak outstation biasanya aku akan bawak dia dengan Farrel. Asik duduk rumah je diorang berdua, kasihan juga aku tengok.

Sakit demam kita esok kawan ke yang jaga?

Tapi kita sebagai suami kena ingat, sakit demam kita esok lusa kawan ke yang jaga? Makan minum kita hari hari kawan ke masak dan sediakan? Bila dah biasakan diri tak layan anak atau isteri, kita tua nanti kang anak anak ikut perangai lebihkan kawan dari keluarga sendiri jangan kita nak melatah. Padan muka kita. Siapa lagi? Kau lah, aku baik sikit.
Tips untuk kau orang yang isteri ni senang je, kau bawak anak anak jauh dari suami kau yang tengah syok main handphone tu sorang sorang. Kau kena ingat, lelaki ni bila dah tak ada baru dia nak hargai, baru dia nak cari. Nanti bila dia perasan yang tak ada orang kat keliling dia, baru dia terhegeh hegeh. Bila lapar, bila haus, pandai lah dia cari isteri dia. Pandailah dia masak sup handphone dia tu.
Bila isteri syok main handphone, confirm macam macam dah kena maki kena perli. Tapi diri sendiri tak apa. Apa kau ingat status sebagai suami kau tu lesen besar sangat ke sampai semua benda kau boleh buat kat belakang, tak ada salah langsung?
Kita ni bila hidup di zaman teknologi kena pandai agihkan masa. Jangan ambik mudah pasal benda ni. Jangan leka. Peringatan untuk aku sendiri juga sebenarnya. Aku tak sempurna, aku tak hebat mana. Kau dan aku juga sama. Semoga kita peroleh keluarga yang bahagia.
#SuamiMithali
#TeamMizan
#LebihGeli
sumber : Mizan Dzai


EmoticonEmoticon