Friday, 6 January 2017

Kisah Sebenar Kanak-Kanak 3 Tahun Ditinggalkan Bersendirian Dalam Rumah..Macam nie pun Ada?

loading...



TAMPIN, NEGERI SEMBILAN - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dan menyedihkan pagi tadi merupakan anak tidak sah taraf, lapor Berita Harian. 

Ibu kepada mangsa juga berjaya ditahan dan mengaku telah meninggalkan anak bongsunya itu seorang diri di rumah sejak jam 6 petang semalam, sebelum ditemui oleh jiran dan pihak polis pada jam 1 pagi tadi. 

Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori. 

Mangsa yang merupakan seorang anak yang aktif dan tidak sah taraf itu serta tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara adalah hasil perhubungan wanita itu dengan seorang lelaki warga Indonesia. 

Wanita berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini. Mangsa pula terpaksa ditinggalkan kerana kewujudannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya

Wanita berkenaan ditahan reman sehingga 9 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, polis menerima aduan dari penduduk yang terdengar tangisan kanak-kanak berkenaan dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci. 

Polis segera ke lokasi tersebut dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan bersendirian sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan dan diberi makanan serta minuman oleh anggota Balai Air Kuning Selatan. 
"Ibu mangsa menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri. Bahkan, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak isterinya kerana si isteri menyatakan dia hanya sekadar menjaga anak kawannya.

"Pada hari kejadian, wanita itu telah meninggalkan anak bongsunya itu seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelaki hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu," katanya. 

Difahamkan wanita berkenaan pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit dalam kemalangan. 

"Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan tetapi kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin agar dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali. 

"Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, namun undang-undang harus dipatuhi," tegasnya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-Kanak.

Kredit- The Reporter


EmoticonEmoticon