Monday, 13 February 2017

“Jangan nak tunjuk kau maksum sangat" - Jawapan Sharnaaz Kenapa Hentam Fattah Amin

loading...



SUSULAN status ‘kemarahan’ Sharnaaz Ahmad di laman Twitter semalam, Mynewshub cuba mendapatkan kenyataan daripada aktor itu berhubung isu tersebut.

Dalam status tersebut, Sharnaaz mempertikaikan kredibiliti Fattah mengeluarkan buku 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Menurut Sharnaaz walaupun dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan namun dia juga boleh menyuarakan pendapatnya berhubung sesuatu penerbitan buku seperti mana lazimnya dilakukan orang lain di luar sana.

“Saya tak tahu buku ke apa (tak mahir dalam bidang penulisan), tapi bila saya baca buku ABC anak buah saya, itu lebih bagus (daripada buku Fattah),” ujarnya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Sementara itu, Sharnaaz turut mengingatkan peminat Fattah supaya jangan terlalu taksub/over meminati seseorang selebriti itu sehingga ‘menganggu’ sesiapa sahaja yang tak berkaitan dengan aktor tersebut.

“Bila peminat dah mengaitkan pasal family, bakal isteri saya, kau (Fattah) jangan duduk diam je.

“Jangan nak tunjuk kau maksum sangat, senang cerita, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,” itu kata-kata Sharnaaz ketika ditanya mengapa dia ‘bengang’ dengan aktor berusia 27 tahun itu.

Enggan menjelaskan sebabnya, Sharnaaz memberitahu Mynewshub yang Fattah mengetahui sebab-musabab kenapa dia ‘tidak berpuas hati’ dengan hero drama Suri Hati Mr. Pilot itu.

Susulan ‘drama’ terbaharu ini, Mynewshub bertanyakan adakah dia akan menjemput Fattah ke majlis perkahwinannya dengan kakak Neelofa, Nabila pada bulan April ini memandangkan bakal adik iparnya itu mempunyai hubungan rapat dengan Fattah,

Sharnaaz menjawab, “Saya belah sayalah (tak jemput), belah Nabila saya tak tahulah.”

Sharnaaz bakal mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac depan dan majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 2 April ini di Kuala Lumpur sementara di sebelah Sharnaaz akan berlangsung pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang. 

Kredit– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon