Friday, 17 February 2017

"Rezeki kami semakin murah bila suami tidak kedekut pada ibu dan isteri"

loading...



Setiap 1 haribulan dapat gaji, kami suami isteri akan bayar segala hutang yang ada. Pada awal perkahwinan, suami hanya bergaji RM3,000 manakala saya pula RM4,000. Ada sedikit rasa bangga di hati sebab gaji lebih tinggi daripada suami.


Namun, setelah dua tahun, suami bertukar syarikat dan gaji dia bertambah lebih RM3,000 dari asal. Alhamdulillah, cuma saya masih bergaji RM4,200, lebih RM2oo dari asal saja.

Apa yang saya dapat lihat rezeki kami sekeluarga lebih bertambah bila suami walaupun pada awal perkahwinan terpaksa menanggung beban hutang rumah yang dibelinya semasa bujang, tetapi dia masih menghulurkan belanja bulanan RM500 kepada ibunya dan RM300 kepada saya.

Risau dan takut sekiranya duitnya tidak mencukupi maka setiap kali suami berikan duit kepada saya, saya akan terus simpan dan tidak pernah gunakan, standy kalau-kalau hujung bulan takut dia tengah sesak dan sekiranya tidak, barulah saya gunakan duit tersebut untuk makan besar atau belikan suami kelengkapan seperti baju, tali pinggang dan aksesori lelaki.

Hari demi hari, semakin besar nikmat kemewahan yang Allah SWT berikan. Meskipun gaji saya semakin kurang berbanding dengan gaji suami, tetapi suami saya terus menjadi semakin pemurah dan dalam masa dua tahun, duit belanja saya dari RM300 telah bertambah menjadi RM1,300 dan suami saya dari hanya memandu Perodua Myvi kini sudah memandu BMW 5 series.

Bab solat itu pula memang dipaksa saya dan anak-anak berjemaah setiap kali dia di rumah dan solat dhuha sekurang-kurangnya seminggu sekali. Membantu anak-anak buah yang masih belajar dengan menghulur duit setiap kali berjuma. Saya yang asal kedekut pula telah terikut-ikut tabiat suami yang pemurah sebab nampak depan mata Allah bagi ganjaran di dunia lagi.

Moga suami saya terus beristiqamah, ingat tanggungjawabnya dan Allah akan murahkan rezekinya. Saya doakan suami diberikan Allah syurga yang tertinggi untuknya suatu hari nanti.

Pesanan saya untuk suami-suami yang kedekut, jangan kedekut, rezeki kurang nanti.

sumber


EmoticonEmoticon