Monday, 20 February 2017

Sila Ambil Tahu!! 5 Bahagian Ayam Terkandung Racun! Tolong Jangan Makan Lagi

loading...


Hampir setiap hari kita akan disajikan  lauk berasas ayam. Malah lauk ini juga paling disukai anak-anak dan hampir semua bahagian ayam ini kita makan.

Namun ramai tak tahu bahawa pada ayam ini terdapat lima bahagian yang mengandungi racun. Tak mustahil jika kerap memakan bahagian ini tubuh kita juga boleh terkesan dengan racun tersebut.

1. Kepala
Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhan, namun bahagian leher adalah tempat yang biasa digunakan penternak memberi bahan kimia untuk makanan ayam.
Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (kebanyakannya dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak
Ini merupakan bahagian kegemaran ramai. Kepak dilihat kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat. Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.
Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Jika dibandingkan ayam diternak dahulu mengambil masa agak lama untuk dijual berbanding.
Sekarang dalam tempoh kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit termasuk kanser sangat tinggi.

3. Leher
Mungkin juga ada betulnya orang dulu-dulu tak beri kita memakan leher ayam. Mungkin bukan sebab kepala teleng bila naik pelamin tapi kerana perkara ini.
Bahagian ini mempunyai kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi. Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namun inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita apabila memakan bahagian ini.

4. Buntut
Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik akan berkumpul di bahagian ini.

5. Kulit
Makan  ayam goreng dengan kulit ayam yang garing memang nikmat. Tapi hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.
Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti.

Sumber Sinar Harian


EmoticonEmoticon