Monday, 27 February 2017

(VIDEO) Pelajar Ditampar, Diketuk Kepala, Ditendang Oleh Guru Sebab Tak Pandai Selenggara Aircond !!!

loading...

Sebuah video yang memaparkan rakaman aksi seorang cikgu yang memarahi, mengetuk kepala dan menendang pelajarnya semasa menyelenggara alat penghawa dingin jadi tular hari ini di media sosial.


Video kebiadapan seorang guru lelaki yang sedang mengajar anak muridnya itu dimuatnaik oleh Muhammad Azhan telah menjadi viral tular di media sosial .

Menurut laporan oh my media, Muhammad Azhan menyatakan kekesalan di laman Facebook beliau seperti berikut;

“Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi hormat anak murid juga. Jangan sampai anak murid pijak kau balik”.

Video yang berdurasi 1.40 minit itu menunjukkan guru itu beberapa kali memarahi pelajarnya yang membuat kesilapan ketika dalam proses pembelajaran.

Lihat Video

Sungguh menyedihkan guru berkenaan telah memukul malah menyepak pelajar berkenaan beberapa kali. Sebesar manakah kesilapan dan kesalahan pelajar itu sehinggakan guru tersebut bertindak sedemikian?

Difahamkan, lokasi kejadian adalah di Institut Latihan Industri (ILP) di utara namun belum ada kesahihan. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera terhadap guru ini.

Sumber:- Ohmymedia

1 comments so far

Kalo Anak murid kurang faham karna cara mengajar awak Salah. Cikgu bodoh. Hamlau


EmoticonEmoticon