Friday, 3 March 2017

Wanita Muntah-Muntah Akibat Termakan Sarung Najis Ayam Dalam Kari Mamak

loading...



ARAU, PERLIS - Seorang wanita muntah-muntah apabila menyedari kari ayam yang dimakannya mengandungi satu sarung najis ayam di sebuah restoran mamak nasi kandar di sini.

Wanita yang dikenali sebagai Aishah Harun itu yang berasal dari Kedah, telah memuat naik beberapa gambar di media sosial yang diambilnya ketika makan di restoran mamak berkenaan.

Melalui perkongsiannya, dia menyatakan kekesalannya dengan insiden ini. Dia juga mendakwa telah muntah-muntah akibat termakan masakan yang dimasak bersama sarung najis ayam tersebut.

Menurut Aishah, dia bersama suaminya pergi ke restoran nasi kandar terbabit untuk menjamu selera. Setelah nasi hampir habis, dia ternampak sesuatu yang mencurigakan dan menganggap objek itu adalah daging atau apa-apa makanan yang termasuk dalam masakan berkenaan.


Apabila dia amati objek tersebut dan mengoreknya, amat mengejutkan dia menemui sarung najis ayam dan dia sedar objek itu adalah sarung najis ayam yang dimasukkan ke dalam kari yang dimakannya bersama nasi.

Aishah juga memberitahu sekiranya sarung najis ayam itu pecah bermakna keseluruhan masakan berkenaan akan dikotori dengan najis ayam, jijik dan meloyakan.

Aishah juga berkata, "ini baru yang kita nampak, yang lain kita belum nampak lagi', ujar Aishah yang telah serik untuk menjamah nasi kandar di masa depan.

Diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dengan segera supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku terhadap pelanggan-pelanggan lain. - Koleksi Viral

1 comments so far

Saya ibu surty tki singapore saya hadir berkomentar di dalam blog ini,cuma ingin menceritakan kisah nyata,sekaligus mau mengucapkan banyak terimah kasih kepada Mbah Sero,atas bantuannya semua hutang2 saya sudah pada lunas,nomor togel yang Mbah berikan lansung 4d bocoran singapore,syukur alhamdulillah tembus dapat kemenangan 800.juta,itu dalam bentuk uang indo,kemarin saya sangat bingun karna hutang banyak syukur sekarang sudah senang,saya tidak akan melupakan bantuan Mbah,apa bila saya sudah pulang ke indo saya akan berkunjung kepondok Mbah untuk silatu rahmi,bagi saudarah2 yang lagi terlilit hutang jangan anda tutus asa,kalau mau sukses seperti saya silahkan tlpn atau sms Mbah Sero di nomor O82~370~357~999 beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberikan bukti,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktiannya terima kasih....


EmoticonEmoticon